@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;}

|
Tips menjaga kulit wajah muka
21 Mar 2013 @ 9:23 pm | 0 Beautiful [s]
Assalamualaikum.Kulit korang bermasalah tak? Maksud den macam ada jerawat, jeragat, bintik hitam dan macam-macam lagi lah. Den porcayo korang mesti ada daripada salah satu ni kan? Ha cepat ngaku! Hahaha. Tambah pula kita ni orang perempuan, mesti lah nak kan kulit yang cantik, putih gebu macam orang Korea en? So yang paling penting kita kena tahu asas menjaga kulit muka. Bytheway, aku ni bukanlah seorang yang rajin, tetapi bab-bab penjagaan kulit muka, aku rajinkan jugalah tulang ni. Nak kata rajin sangat tidaklah. Takde pun nak melawat ke spa-spa untuk membuat facial apa semua tu. Mahal kot! Hahaha. Cuma buat buat step pembersihan muka pada malam hari sebelum tidur gitu hehe. Bagi aku, setakat basic sahaja tak cukup. Seminggu sekali atau dua kali, kena lah juga pakai scrubs, mask, nose pack. (scrubs aku jarang sangat pakai, malas) Hehe. So mari kita baca satu persatu tip-tip menjaga kulit muka. Ayuh!!! 1. Amalkan rutin cucian yang lengkap setiap hari seperti membersihkan muka, pakai toner dan moisturize. Toner penting untuk menutup liang roma kulit supaya moisturizer tak tersumbat dan tidak terjadinya jerawat yang annoying tu. So untuk kulit yang berminyak, memang penting guna toner ni. 2. Lindungi kulit muka darpada cahaya matahari. Jangan terlalu lama biarkan muka ni terkena matahari. Cuaca malaysia ni faham faham je lah hahaha. Perlu pakai pelindung matahari. Pelindung matahari perlu disapu 2 hingga 3 jam kalau korang buat aktiviti dekat tengah panas. Selalunya kita perlu guna sunblock atau sensceen tau! *muka garang 3. Gunakan bahan pelembab mata di sekeliling kelopak mata. (aku tak pakai pun benda ni) Hehe. Pelembab ni boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif. Kiranya benda ni selalu di pakai oleh orang yang mempunyai lingkaran gelap bawah mata tu. Biasanya yang tidur lewat memang selalu ada. *perli sikit jangan marah eh 4. Seterusnyam elakkan mencuci muka menggunakan air panas kerana boleh mengeringkan kulit muka kita. Gunakan minyak baby untuk mengatasi masalah kulit kering. Baby kan banyak produk sebab tu bila pakai dekat diorang, lembut je badan diorang. Kalau muka korang yang jenis berminyak, jangan guna moisturizer. Ini menyebabkan kulit korang menjadi lebih berminyak. 5. Amalkan makan makanan yang seimbang. Yang ini memang dah selalu orang cakap. Kalau nak sihat dan cantik, semua kena makan makanan yang seimbang. Kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak tapi banyakkan makan buah dan sayur-sayuran. Badan cantik, kulit pun cantik. 6. Banyakkkan minum air kosong bagi menambahkan kelembapan kulit. Kalau korang rajin, sapu lah losyen and kalau korang jenis yang selalu sapu losyen tapi kulit tetap kering, maknanya memang korang kurang minum air kosong. Lagi satu, air pun boleh mengurangkan masalah jerawat kerana air berfungsi membersihkan kulit. p/s : Semua maklumat ni dapat daripada majalah dan blog blog yang aku baca. (sometimes aku pun buat tip-tip ni) |
The Author ![]() my bae Theo James
Navigations! TWEET
Tweets by @SyahirahAzwanii
![]() suju fx b2st big bang apink snsd exo
The Credits! |